Monday 23 April 2012

Batch XTIKL 81/82

BY COPERATECH (Reg : B-4-0877) No comments

Gathering Gempak XTIKL 81/82 di Jungle Lodge Alang Sedayu , Batu 12 Gombak pada 7 hb Dis 2010 . Bersama adalah Bekas Guru Penolong Kanan, Encik Baharom Endut yang dijemput khas memeriahkan majlis. Kami dapat menghimpunkan seramai 56 orang ahli pada majlis ini...sangat meriah dan memorable.





Poster Fund Raising Dinner SMTKL

BY COPERATECH (Reg : B-4-0877) No comments





KEMPEN AHLI KOPERASI COPERATECH BHD

BY COPERATECH (Reg : B-4-0877) No comments

SEMUA XTIKL DARI BATCH LAIN DIJEMPUT MENJADI AHLI KAMI, SILA HUBUNGI KAMI DI
EMEL INI  coperatech@gmail.com .

FUND RAISING DINNER PIBG SMTKL 2012

BY COPERATECH (Reg : B-4-0877) No comments

SEMUA ALUMNI DIJEMPUT HADIR MERAMAIKAN MAJLIS SAMBIL MENDERMA


Sunday 22 April 2012

Fund Raising Dinner SMTKL 2012

BY COPERATECH (Reg : B-4-0877) No comments

PIBG SMTKL akan mengadakan satu Jamuan Makan Malam Amal yang akan diadakan mengikut ketetapan berikut :
Tarikh : 19 Mei 2012
Masa : 8.00 - 12.00 malam
Tempat : Wisma Darul Puteri, Jalan Cheras 
Tiket : RM 100 (eksekutif) , RM 150 (VIP- Alumni) , RM 250 (VVIP - Alumni)

Sila berhubung terus dengan pihak sekolah : Tn Hj Jasni / Pn Noraini

Sama-samalah kita menjayakan Majlis yang julung kalinya diadakan

Thursday 19 April 2012

UCAPAN SELAMAT HARIJADI

BY COPERATECH (Reg : B-4-0877) No comments

   SELAMAT MENCUBA.........

http://nackvision.com/goodies/birthday/birthday_flip.php
   

  

Wednesday 18 April 2012

Persediaan Mesyuarat Agung Kali Pertama

BY COPERATECH (Reg : B-4-0877) No comments

Ahli Lembaga Koperasi sedang membuat persiapan untuk Mesyuarat Agung Kali Pertama selepas penbuhan diterima oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia. Kami memerlukan kerjasama ahli koperasi dan sahabat XTIKL 81/82 untuk sama-sama menjayakan perlaksanaan Mesyuarat ini. Kami perlu bantuan di dalam beberapa AJK Pelaksana Mesyuarat secara sukarela untuk membantu iaitu :

Penyambut Tetamu
Pengacara  Majlis
AJK Pendaftaran
AJK Makanan
AJK Logistik
AJK Media dan Dokumentasi
AJK  Perjalanan Mesyuarat

Mesyuarat Kali Ketiga akan diadakan pada hari Ahad (22/04/2012) dan kami dengan besar hati ingin menjemput sahabat untuk sama-sama hadir ke Pejabat Operasi COPERATECH.

Wasalam

Aktiviti 2011

BY COPERATECH (Reg : B-4-0877) No comments








Tuesday 17 April 2012

Majlis Perkahwinan Anak Saudara Azhari Adnan

BY COPERATECH (Reg : B-4-0877) No comments

Majlis perkahwinan puteri Azhari Adnan ......kehadiran sahabat XTIKL 81/82 yang sangat memberangsangkan

Kerjasama COPERATECH dan PIBG SMTKL

BY COPERATECH (Reg : B-4-0877) No comments

CADANGAN MAJLIS MAKAN MALAM SMTKL 2012
 
OBJEKTIF
 
Majlis Makan Malam SMTKL 2012 diadakan bertujuan untuk permulaan (kick-off) program menambah dana PIBG untuk menaiktaraf kemudahan dan membiaya program program yang dirancang pihak sekolah. Program yang dirancang akan berjalan dalam tempoh satu (1) tahun.

Sasaran kutipan adalah sebanyak RM1,000,000.00.

Seterusnya bertujuan untuk mengumpul semula semua bekas pelajar (alumni) dengan harapan memberi kesedaran kepada mereka keadaan sekolah kini yang memerlukan suntikan modal untuk menaiktaraf kemudahan dan program pembelajaran demi menjamin kejayaan dan reputasi sekolah seiring dengan tuntutan semasa.


LATARBELAKANG


Sekolah Menengah Teknik Kuala Lumpur telah diiktiraf sebagai sekolah cluster pada tahun 2008. SMTKL adalah antara sekolah berasrama penuh aliran teknikal yang terbaik dinegara ini dan menjadi pilihan pelajar sekitar Kuala Lumpur & Selangor. Sekolah ini mampu menampung jumlah pelajar seramai antara 800 hingga 1000 orang. Namun banyak kemudahan pembelajaran, infrastruktur dan kediaman yang telah uzur dan outdated perlu dinaiktaraf, ditukar dan diperbaiki demi memantapkan prestasi sekolah dan mengekalkan kedudukannya di mata masyarakat.

Disamping itu juga banyak program yang dianjurkan oleh pihak sekolah untuk memastikan para pelajar cemerlang di dalam bidang akedemik, ko kurikulum, sukan, rekacipta, pembentukan sahsiah, jatidiri, lawatan industry, lawatan keantarabangsaan dan lain lain program yang memerlukan pembiayaan kewangan yang besar.


RINGKASAN


No

Deskripsi kerja / naiktaraf / aktiviti
Anggaran Kos
RM

1

Tambahan kipas angin dinding untuk bilik kuliah

55,000.00

2

Tambahan kipas angin dinding dan pemasangan built in cabinet di bilik asrama

441,000.00

3

Pemasangan PA system baru di Dewan Utama

20,000.00

4

Pembelian buku rujukan baru dan komputer untuk bilik Pusat Sumber

25,000.00

5

Naiktaraf dan membaiki kerosakan bangunan Dewan Makan

50,000.00

6

Program Jalinan Antarabangsa (2 kali setahun)

50,000.00

7

Program peningkatan akademik, kokurikulum & sahsiahdiri

80,000.00

8

Pembinaan padang futsal baru

100,000.00

9

Pembelian mesin basuh di asrama

12,000.00

10

Menaiktaraf landskap dan papantanda

20,000.00

11

Menaiktaraf dan membaiki kerosakan tandas & tempat wuduk di surau Al Falah

60,000.00

12

Research & Development dan pemasaran QiFind

87,000.00



JUMLAH

1,000,000.00

Aktiviti Sahabat XTIKL

BY COPERATECH (Reg : B-4-0877) No comments

Terdapat beberapa aktiviti yang telah dilakukan oleh sahabat XTIKL 81/82 secara langsung atau tidak langsung
Lawatan Ke Kampus Baru Institusi Pendidikan Enstek yang akan memulakan operasi jangkaan pada bulan Julai 2012. Buat masa ini Politeknik Nilai telah memulakan operasi berhampiran dengan kampus ini. Institusi lain yang akan beroperasi di tapak ini adalah Kolej Tunku Kursiah, ELTEC, Institusi Aminuddin Baki, IPG Kampus Pendidikan Teknik dan sebuah sekolah rendah. Tapak ini berdekatan dengan Akademi Latihan Kementerian Pendidikan Teknik.
 Makan Malam sempena Seminar Antarabangsa di Dorsett Regency Hotel, Subang Jaya
 Seminar Antarabangsa di Dorsett Regency Hotel< Subang Jaya
S/U bersama Pengarah SKM Selangor , XTIKL 82/83 - Nordin Toha
 Lawatan ahli wanita COPERATECH ke Bangkok pada bulan November 2011
Kursus Penyediaan Laporan Tahunan bersama Mentor dari SKM Selangor - En Haron Tawil dan En Mohd Abby Fawzi

Mesyuarat Kali Ketiga 2012

BY COPERATECH (Reg : B-4-0877) No comments

Mesyuarat ALK Kali Ketiga
** ALK dan JAD wajib hadir

(Menjemput ahli lain untuk hadir sama )

Tarikh : 22 April 2012
Masa : 10 pagi
Tempat : Pejabat Operasi COPERATECH , Bdr Baru Bangi

Agenda

1) Ucapan Pengerusi
2) Pengagihan Tugas Jawatankuasa Pelaksana AGM
3) Hal-hal lain

Sumbangan Misi Kampuchea 2012

BY COPERATECH (Reg : B-4-0877) No comments

Pihak pentadbiran SMTKL telah mengadakan Misi Kemanusiaan Kapuchea pada bulan Mac 2012 .
Pihak COPERATECH telah berjaya untuk mengumpulkan sumbangan sebanyak RM 3,000.00 daripada ahli sebagai salah satu aktiviti CSR . Terima kasih kepada penyumbang berikut :
1) Tn Hj Idris Abdullah
2) En Kamarulzaman Hashim
3) Ir Zulkiflee Mohd Abdul Kadir
4) En Sazali Ismail
5) En Ahmad Azhar Wagiran
6) Puan Norazwana Yusop
7) Puan Siti Khadzimah

Majlis Penyerahan Cek disempurnakan oleh S/U

Kursus Pengurusan Strategik

BY COPERATECH (Reg : B-4-0877) No comments

Kursus Pengurusan Strategik pada 27 Feb 2012 hingga 28 Feb 2012 di MKM Petaling Jaya
Peserta : Tn Haji Idris Abdullah (Pengerusi)
              Pn Siti Khadzimah Sallip (S/Usaha)

Seminar Antarabangsa

BY COPERATECH (Reg : B-4-0877) IN No comments

Koperasi Alumni Sek Men Teknik Kuala Lumpur Selangor Bhd telah menghantar dua wakil sebagai peserta untuk Seminar Antarabangsa ini iaitu :
1) Tuan Haji Aris Ng Abdullah
2) Puan Siti Khadzimah Sallip

CO-OPERATIVE ENTERPRISES BUILD A BETTER WORLD”
13-14 MARCH 2012
Grand Dorsett Subang Hotel, Selangor
Organized by:
Cooperative College of Malaysia (CCM)
&
Malaysian National Co-operative Movement (ANGKASA)
roziyati.abdullah@granddorsett.com 

Fund Raising Dinner SMTKL

BY COPERATECH (Reg : B-4-0877) No comments

Assalamualaikum wbt,

Untuk makluman para sahabat XTIKL 81/82, PIBG SMTKL akan mengadakan Fund-Raising Dinner SMTKL 
mengikut butiran berikut  :

Fund-Raising Dinner SMTKL 

Tarikh  ;  28 / 04 / 2012
Tempat : Dewan Pertubuhan Puteri Islam , Cheras (depan Flat - bulatan Cheras)
Masa : 8 -12.00 PM
Sasaran : Korporat , Vendor, Alumni XTIKL, ibubapa 

Harga Tiket :
a) VVIP tables - 8 tables - RM 250.00
b) VIP tables   - 8 tables - RM 150.00
c)  Executives - 16 tables - RM 100.00

Dinner Itinerary  :

- 8.00 pm - registration
- 8.30 pm - Dinner
- 9.14 pm - Ucapan Pengetua dan YDP PIBG
- 9.30 pm - Tarian Zapin oleh pelajar TIKL
- Persembahan dari guru TIKL dan XTIKL - Alumni (guna minus one)
- Lucky Draw 1
- Magic Show - professional entertainer
- Slide Show
- Anugerah Tokoh Pendidik TIKL (former teacher)
- Anugerah Tokoh Pelajar XTIKL (former student)
- Persembahan Artis Jemputan - Aris Ariwatan
- Lucky Draw 2
- Penutup

Mana-mana ahli korporat yang berminat untuk menaja anak yatim atau mana-mana rumah kebajikan , anda sangat dialu-alukan.

Sila berhubung dengan AJK PIBG SMTKL yang bertugas dan kaedah bayaran akan dimaklumkan oleh AJK berkenaan.
Cek atas nama PIBG Sek Men Teknik Cheras . 
NO AKAUN PIBG SMT KL adalah : MBB 014132306776
Setiap bayaran yang telah dibuat boleh fax slip bayaran ke no fax ini : 03- 91308754
No tel sekolah : 03-91318052 (PK HEM : Tn Hj Jasni / Pn Noraini)

AJK Promosi - Pn Sasha / En Kamarul / Pn Noraini
AJK Persiapan Dewan - En Warikh / En Daud
AJK Persembahan - En Shahrom/ Pn Azura
AJK Jualan Tiket - Pn Siti Khadzimah/ Pn Noraini
AJK Logistik - En Rohaizad/ En Zulhisham/ En Omar
AJK Media Dokumentasi - En Warikh/ Hj Jasni
AJK Pendaftaran - Pn Siti Hazira / Pn Norjah
AJK Penaja - semua AJK PIBG dan Guru TIKL

** Memohon kepada sahabat XTIKL agar dapat mewawarkan program yang julungkali diadakan . Website TIKL ada memberikan maklumat penuh perlaksanaan program ini.

Wasalam
Siti Khadzimah Sallip:x lovestruck

Sunday 8 April 2012

Pembekal kepada Koperasi TIKL

BY COPERATECH (Reg : B-4-0877) 1 comment

COPERATECH telah menjadi pembekal makanan tambahan di Koperasi TIKL mulai bulan Mac 2012. Antara yang dibekalkan adalah pelbagai jenis makanan ringan seperti kerepek, keropok dan lain lain lagi. Bekalan diperolehi daripada sahabat yang berada di Sungai Besar dan usaha ini akan diteruskan.
COPERATECH juga telah mengenalpasti alat dan bahan sourvenirs yang akan digunakan oleh pihak sekolah untuk pelawat yang datang melawat sekolah bila-bila masa. Antara alatannya adalah mug, tempat stationery, tempat menyimpan tools dan sebagainya.
Laporan dari S/U