Friday, 20 July 2012

Notis Mesyuarat Agung Kali Pertama

Assalamulaikum semua sahabat perayau YG XTIKL 81/82 ,

Selamat menyambut Ramadhan al Mubarak. Bersempena menyambut bulan yang mulia ini saya memohon ribuan kemaafan sekiranya terdapat sebarang kekhilafan dari pihak saya sepanjang persahabatan ini dan saya mendoakan semoga semua sahabat mendapat kerahmatan di bulan mulia ini.

Bersama ini saya kepilkan Notis Mesyuarat Agung Kali Pertama 1/2012
Mohon supaya para sahabat yang telah atau[pun belum mendaftar sebagai ahli memberi jawapan memaklumkan kehadiran dan memberikan cadangan usul untuk dibawa ke dalam Mesyuarat Kali Pertama 1/2012 - Koperasi Alumni Sekolah Menengah Teknik Kuala Lumpur Selangor Berhad . Sila emelkan jawapan dan usul anda kepada coperatech@gmail.com dalam kadar segera .

.** Untuk makluman , pihak sekolah juga akan mengadakan Sambutan Jubli Emas ke 50 penubuhan sekolah kita TIKL yang dianjurkan oleh Alumni dari  Senior Pertama  batch 1961/62 yang merupakan pioneer di sekolah kita pada bulan Oktober . Maklumat lanjut akan saya berikan dalam jangka waktu terdekat bagi membolehkan kita sama-sama menjayakan kedua-dua event besar kita ini.

Sekian terima kasih

Wasalam

Yang menjalankan tugas ,
Siti Khadzimah Sallip
S/U Kehormat
Sesi 2010/2012

** klausa perwakilan merujuk kepada ahli yang mempunyai syer penuh dan layak mengundi
dan klausa ahli adalah merujuk kepada semua ahli yang telah mendaftarsebagai ahli koperasi tetapi belum menyempurnakan syer penuh serta tidak layak mengundi


Rujukan Kami : COPERATECH/ahli/AGM-01/02-2012                                Tarikh : 20 Julai 2012

 
                               

Anggota Perwakilan dan ahli koperasi
Koperasi Alumni Sekolah Menengah Teknik Kuala Lumpur Selangor (Berhad) 

NOTIS  MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN TAHUNAN KALI PERTAMA
Koperasi Alumni Sekolah Menengah Teknik Kuala Lumpur Selangor (Berhad) 

Dengan ini dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Kali Pertama Koperasi Alumni Sekolah Menengah Teknik Kuala Lumpur Selangor (Berhad) akan diadakan seperti maklumat berikut :

Tarikh :  1 September 2012 (Sabtu)
Pendaftaran : 8.00 pagi
(Mesyuarat -->  rumah terbuka)
Cadangan tempat : (masih dalam perbincangan)
1) dewan Stadium DBKL   2) Dewan TIKL  (sekolah ada banyak event)
3) Seri Bangi Club House/ depan rumah – pusat komuniti Percint 9
4) Saujana Impian / Kota Permai Club House / Tasik putrajaya

Aturcara majlis

8.00 pagi – pendaftaran anggota perwakilan
9.15 pagi – ucapan alu-auan Pengerusi Majlis
9.25 pagi – bacaan doa oleh Tn Hj Mohd Adlan Mohd Din
9.30 pagi – Ucapan oleh Tn Hj Idris Abdullah (Pengerusi)
-       Mesyuarat agung Perwakilan Kali Pertama dimulakan
12.00 tengahari – penangguhan mesyuarat
12.30 tengahari – Jamuan Hariraya

Agenda Mesyuarat

1. Melantik Pengerusi Mesyuarat
2. Memilih dan melantik tiga orang pengira kertas undi
3. Memilih minimum tiga orang ALK tahun 2012/2015  untuk mengisi jawatan anggota lembaga yang menarik diri dan meletak jawatan. (klausa 37 - 38)
4. Menerima dan mengesahkan Mesyuarat  Agung Permulaan pada 31 hb Julai 2010.
5. Membentangkan dan menerima laporan tahunan 2011 :
5.1 Laporan Tahunan Anggota Lembaga Koperasi.
5.2 Laporan Jawatankuasa Audit Dalaman
6. Membentang dan menerima Penyata Kewangan beraudit berakhir 31 hb Disember 2011.
6.1 Laporan Juruaudit Luar
6.2 Pandangan Suruhanjaya Koperasi Malaysia mengenai akaun kewangan  tahun 2011.
7. Menimbang dan meluluskan Anggaran Pendapatan dan Perbelanjaan bagi tahun 2013.
8. Meluluskan cadangan pembahagian keuntungan bagi tahun berakhir 31 hb Disember 2011.(digantung)
            8.1 pembahagian dividen atas syer
            8.2 pembahagian dividen atas yuran
            8.3 pembahagian dividen atas simpanan khas
            8.4 pembahagian honorarium Anggota Lembaga Koperasi (putuskan)

9. a) Memberi kuasa kepada Jawatankuasa Pengurusan untuk Pinjaman Luar tidak lebih daripada RM 100 000 000.00 .
    b) Memberi kuasa kepada Jawatankuasa Pengurusan untuk melabur tidak lebih daripada RM 100 000 000.00.

10. Melantik tidak kurang daripada dua firma audit untuk Juruaudit luar bagi tahun 2012.

11. Memilih enam orang perwakilan dan empat orang Anggota Lembaga Koperasi untuk menentusahkan draf minit Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Kali Pertama.

12. Mengumumkan keputusan  undi pemilihan Anggota Lembaga Koperasi 2012/2015.

13. Menimbangkan dan meluluskan cadangan pindaan Undang-undang Kecil Koperasi.

14. Membahaskan usul-usul (jika ada)

15. Ucapan penangguhan.

Yang menjalankan tugas,


Siti Khadzimah Sallip
Setiausaha
KOPERASI ALUMNI
SEKOLAH MENENGAH TEKNIK KUALA LUMPUR SELANGOR (BERHAD)



Sila kemukakan cadangan usul untuk diperbahaskan :

Nama pencadang


No kad pengenalan


No keahlian


No telefon


Emel pencadang


Kehadiran
Saya bersetuju untuk HADIR / TIDAK HADIR dan bersama ini adalah usul cadangan dari saya
Usul 1:




Usul 2 :




Usul  3:





Sila emelkan jawapan anda kepada saya dalam kadar yang segera ke coperatech@gmail.com

Atau fax kepada kami di no . fax : 603 - 89222535



No comments: