Friday 22 January 2016

Projek Pertanian Lemon Myrtle (LM) : our first step in making history...

BY COPERATECH (Reg : B-4-0877) No comments

Assalamualaikum

Tahun 2015 telah merekodkan beberapa siri perjumpaan bersama PKPS berkaitan Projek Pertanian Lemon Myrtle (LM) yang bakal menjadi antara tunjang utama perniagaan COPERATECH BERHAD.

Tanggal 9hb Januari 2016 lepas, Sang gajah aka Mesin Excavator telah menjengah ladang Coperatech di Selangor Fruit Valley untuk memulakan kerja-kerja land clearing.

memperkenalkan...tadaaa...sang gajah yang dibawa masuk ke ladang coperatech.
hai to sang gajah. kerja elok-elok.

dari kiri - Tn. Yusni Mansor, the supervisor : En. Rashid, Pemilik gajah : Tn. Dawam
and Tn. Pengerusi : Tn. Mokhtar Zukifli



langkah pertama!

apa la yang tn. pengerusi dan lain-lain ni dok tengok...cari ulat pancing ikan yeee


Alhamdulillah...semoga dimudahkan segala urusan olehNya. Aminnn.

#bersatuhidupberjasa
#projektahun2016

Our First Step in 2016 : Menjengah Ibu Pejabat SKM, Shah Alam

BY COPERATECH (Reg : B-4-0877) No comments

Assalamualaikum

Tanggal 8hb Januari 2016 lepas, Coperatech Berhad yang diwakili oleh Tn. Mokhtar Zukifli dan Tn. Sazali Ismail telah menjengah ibu pejabat SKM yang terletak di Shah Alam yang beralamat seperti berikut :

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA NEGERI SELANGOR
Tingkat 10 & 11, Bangunan Affin Bank
Lot Precint 3.4, Persiaran Perbandaran,
Seksyen 14, 40990 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

Kehadiran 2 orang wakil COPERATECH BERHAD ini adalah untuk mendapatkan pencerahan yang lebih jelas berkaitan GP semasa, audit, account, honorarium, elaun, tabung pusingan modal (TMP), geran asas disamping isu-isu berkaitan koperasi di dalam malaysia.


amboi..amboi tn.pengerusi, main cak cak ye...hehehe

pihak SKM yang diwakili oleh Tn. Nik dan Pn. Suridawati

tn. mokhtar zukifli and his ideas!

sesi pencerahan sedang hangat!

Pemandangan dari tingkat 10
kredit kepada jurufoto : tn. sazali ismail

Alhamdulillah... sesi pencerahan juga berjalan dengan lancar. Ini merupakan langkah pertama untuk permulaan yang gemilang bagi tahun 2016 (In shaa Allah).


Let's move forward! and never look behind...tinggalkan je yang beburuk tu...peace.

#Salam1MesraKoperasi
#bersatuhidupberjasa

Saturday 9 January 2016

SELAMAT TAHUN BARU...WELCOME TO 2016!!!

BY COPERATECH (Reg : B-4-0877) No comments


Assalamualaikum



Selamat Tahun Baru diucapkan kepada semua anggota koperasi, ahli lembaga koperasi sesi 2015-2018 yang terpilih dari AGM Ke-4 pada 19 September 2015 yang lepas dan seterusnya saudara saudari sekalian.
Masih belum terlambat saya kira untuk mengucapkan selamat tahun baru ini.

Siapa sangka, COPERATECH BERHAD telah bertahan selama 4 tahun, menjaga kebajikan ahli-ahlinya sebaik mungkin dan juga mewujudkan peluang perniagaan kepada ahli-ahlinya untuk meningkatkan ekonomi bersama.

Tahniah diucapkan kepada semua barisan ALK yang telah diberikan mandat sepenuhnya untuk menjaga keutuhan koperasi sebelum ini. Kini, dengan perlantikan ALK sesi 2015-2018 diharap akan dapat menaikkan lagi nama COPERATECH BERHAD di dalam apa jua bidang yang akan diceburi.

Now, untuk tahun 2016 ini, let's kita mulakan post-post awal dengan mengimbas kembali perjalanan penubuhan COPERATECH BERHAD sehingga tahun 2015. Beberapa post akan diupdate dari masa ke semasa dengan judul "Seimbas Pandang Part ... ".

Tujuan utamanya adalah untuk merekodkan perjalanan koperasi ini dari awal penubuhan sehingga tahun 2015 dengan lebih teratur disamping memberikan maklumat umum semasa dari tahun 2016 ke hadapan kepada anggota koperasi lain dan seterusnya untuk kita sama-sama mewujudkan generasi pelapis legasi xtikl8182 berpandukan matlamat asal penubuhan Koperasi Alumni Sekolah Menengah Teknik Kuala Lumpur Selangor Berhad (COPERATECH BERHAD).

Marilah kita bersama-sama berpimpin tangan, berganding bahu untuk menaikkan legasi xtikl8182 dan terus memberikan saingan dalam mencapai kejayaan berkoperasi di masa mendatang.

Sekian dan terima kasih.

#bersatuhidupberjasa
#misimengumpulrekodcoperatech:2010-2015
#meneruskanlegasixtikl8182dipersadaperjuangan

disunting oleh iezahosman