Tuesday 27 November 2012

PROGRAM PEMBANGUNAN INSAN

BY COPERATECH (Reg : B-4-0877) No comments


1) PROGRAM PEMBANGUNAN INSAN dengan kerjasama RKH Motivational Services yang julung kalinya akan diadakan mengikut butiran berikut :
Bengkel Motivasi Remaja : Mencari Cinta Sejati

Tarikh : 30/12/2012     Masa : 8.00 – 5.00 petang

Tempat : Bilik Seminar Tingkat 3 - PKNS Biz Point,  No 67 B , Jalan Plumbum P 7/P , Seksyen 7 , 40000 Shah Alam , Selangor  (Belakang WISMA JAKEL)

Pakar motivasi  : Ustazah Dr Robiah K Hamzah  

Telah berjaya dilaksanakan pada 30/12/2012





Tema :  Mencari Cinta Sejati  dan  Mempertahankan Cinta Sejati

Penyertaan ibubapa digalakkan bagi membantu anak remaja meneruskan kehidupan harian dengan cinta dan pengisian berbentuk sesi komunikasi dua hala dan dalam bentuk amali.
2) Objektif program ini adalah meningkatkan ketahanan dan jatidiri anak remaja dengan kumpulan sasaran remaja berumur 14 tahun ke atas agar memperolehi keupayaan mengurus jiwa dengan baik dan focus program adalah
  a. anak-anak XTIKL dan saudara terdekat
  b. pelajar sekolah TIKL yang dipilih dan ditaja oleh individu  XTIKL
  c. anak-anak yatim yang dikenalpasti dan ditaja oleh individu XTIKL

3)  Bayaran anak ahli berdaftar - RM 50.00 (RM 250 disubsidi oleh koperasi) kerana anggaran perbelanjaan setiap peserta adalah RM 300 yang meliputi : Yuran Bengkel – RM 100.00  + Sewa Bilik Seminar – RM 50.00 + Bahan Modul – RM 50.00 + Bayaran 3x Makan – RM 50.00 + Alatan RM 50.00 .

4) Kami juga mengalu-alukan sebarang bentuk tajaan dan sumbangan untuk program ini seperti surat yang dikepilkan di sini. Untuk sumbangan lain, sila hubungi Ketua Urusetia Program : En Zulhisham Kamarudin (013-3808499)  atau Bendahari Koperasi :  Ar Mohd Shuhaibul Muslimin (012-2678885)   atau  Sila fax (03-89259121) atau emel kepada kami  coperatech@gmail.com sebagai bukti pembayaran yang dibuat sebelum 25/12/2012 bagi memudahkan pengurusan kami. 

Pendaftaran berdasarkan kekosongan tempat yang diperuntukkan...........maksimum 60 orang sahaja. 

Yang menjalankan tugas,
SITI KHADZIMAH SALLIP

Sunday 25 November 2012

Kempen Pendaftaran Ahli Koperasi

BY COPERATECH (Reg : B-4-0877) No comments

Kepada sahabat XTIKL di mana-mana jua anda berada,
Pihak Koperasi akan membukakan pendaftaran keahlian kepada ahli baru dan waris ahli seperti isteri/ suami dan anak-anak berumur 18 tahun ke atas sebagai ahli koperasi yang berdaftar . Setiap ahli yang ingin mendaftar perlu membayar Yuran Pendaftaran - RM 100.00 dan Yuran Syer Awal - RM 1200.00 . Pembayaran yang lengkap akan diberikan Sijil Syer dan pembayaran dividen akan mula dikira mulai 31/10/2012 . Keahlian dibuka sehingga mencapai bilangan keanggotaan 100 orang dan akan ditutup, ia hanya akan dibuka semula atas keperluan tertentu dan pertimbangan Ahli Lembaga Koperasi. Sila berhubung terus dengan ALK yang berkenaan atau emel terus kepada  coperatech@gmail.com

Pendapatan koperasi adalah berdasarkan konsep :
1) Hasil Perniagaan dan Projek yang dilaksanakan oleh dua syarikat subsidiari
2) Sumbangan Yuran Syer ahli yang disumbang oleh ahli koperasi yang berdaftar

Semua perjalanan aktiviti Koperasi adalah tertakluk kepada Akta Koperasi 1993 (Akta 502) dan peraturan-peraturannya dan semua keputusan dibuat dalam Mesyuarat Ahli Lembaga Koperasi yang dilantik melalui Mesyuarat Agung Tahunan 
 

Projek Tahun 2013

BY COPERATECH (Reg : B-4-0877) No comments


1) Program Santai Famili – Konvoi Ke Phuket  dicadangkan dibuat pada cuti persekolahan bulan Mac (mulai Khamis : 28, 29 dan 30 Mac 2013) dan kertas kerja akan disediakan oleh Tn Hj Hassan Basri bin Masri.

2)  Mesyuarat Agung Kali Kedua  dijadualkan pada 17/8/2013 dan Jamuan Makan Malam Tahunan yang dirancang akan dibuat di hotel atau resort berdekatan. Sila blok kan tarikh ini kepada ahli berdaftar bagi memastikan kehadiran semasa AGM meriah. 

3) Sumbangan insentif kecemerlangan UPSR – 5 A, PMR- 8A dan SPM – 8-10A  kepada anak ahli yang cemerlang dalam akademik bermula tahun 2013 . Mana-mana ahli yang berdaftar dan mempunyai anak yang memenuhi syarat ini harap dapat maklumkan kepada kami. Sila berhubung dengan Tn Sazali Ismail.

4) Sumbangan khas anak-anak TIKL  sebelum bulan Ramadhan akan dilaksanakan sebagai aktiviti tahunan bersama pihak PIBG SMTKL . Sebarang sumbangan boleh disalurkan melalui koperasi . Sila berhubung dengan Tuan Zulhisham Kamarudin

5) Program Ziarah Sahabat dan perlaksanaan program kebajikan kepada waris terdekat sahabat yang telah meninggal dunia dan ahli diminta mengenalpasti sahabat berkenaan serta memaklumkan kepada ALK yang berkenaan.

Program Pembangunan Insan 2012

BY COPERATECH (Reg : B-4-0877) No comments

Dianjurkan oleh COPERATECH RESOURCES SDN BHD anak syarikat Koperasi Alumni Sekolah Menengah Teknik Kuala Lumpur Selangor Berhad .
Aktiviti Program Pembangunan Insan akan dijadikan satu projek berkala dengan pelbagai pengisian mengikut tema yang dipilih bersama pakar motivasi yang diundang dengan sasaran kepada 
1) Kumpulan Remaja 14 – 22 dengan focus lebih kepada pemantapan jatidiri anak remaja.
2) Kumpulan Kanak-kanak 8 -13 dengan focus kepada kecemerlangan akademik anak-anak di peringkat awal.

Aktiviti 1 : Bengkel Motivasi Remaja : Mencari Cinta Sejati 
Tarikh : 30/12/2012
1) Bekerjasama dengan RKH Motivation and Services dengan pakar motivasi Ustazah Dr Robiah K Hamzah  dengan pengisian berbentuk sesi komunikasi dua hala dan dalam bentuk amali
 a.  Mencari Cinta Sejati
 b. Mempertahankan cinta dengan penyertaan ibubapa yang diharapkan akan  turut serta bagi membantu anak remaja meneruskan kehidupan harian dengan cinta
2) Kumpulan sasaran remaja berumur 14 tahun ke atas
  a. anak-anak XTIKL dan saura terdekat
  b. pelajar sekolah TIKL yang dipilih dan ditaja oleh XTIKL
  c. anak-anak yatim yang dikenalpasti dan ditaja oleh individu XTIKL
3) Dana projek akan diusahakan dengan tajaan dan sumbangan daripada syarikat dan individu yang ingin menjalankan CSR dan bayaran pendaftaran adalah RM 50.00 (harga biasa RM 200.00) untuk setiap anak dan selebihnya adalah subsidi dari koperasi .

Pendaftaran Bengkel berdasarkan "siapa cepat dia dapat" dan keutamaan kepada anak ahli yang berdaftar !