Wednesday, 21 June 2017

BY COPERATECH (Reg : B-4-0877) No comments

Coperatech Bhd telah dilantik oleh Cime International sebagai pengedar utama Plant Cartridge, satu inovasi teknologi pertanian daripada Belanda. Ianya merupakan satu konsep pertanian mikro dimana sayuran boleh ditanam di dalam premis secara mudah dan mendapat hasil yang `hygenic’.


Plant Cartridge merupakan satu teknologi pertanian dimana sayuran:-
  • ·         Tidak ditanam di atas tanah. Ia menggunakan media khas.
  • ·         Tidak menggunakan baja kimia atau baja organic. Ia mengunakan nutrient sebagai penggalak, penyubur dan menghasilkan tanaman yang segar dan berkhasiat.
  • ·         Tidak memerlukan racun serangga kerana teknologi yang digunakan meminimumkan serangan serangga perosak.
  • ·         Boleh ditanam di dalam rumah atau ditanam secara skala besar




 




Monday, 23 January 2017

Ahli Berdaftar COPERATECH 2017

BY COPERATECH (Reg : B-4-0877) IN , No comments

Assalamualaikum


Sehingga ke hari ini, seramai 75 orang telah berdaftar sebagai ahli kepada Koperasi Alumni Sekolah Menengah Teknik Kuala Lumpur Selangor Berhad.

Berikut disenaraikan ahli ahli yang berdaftar penuh di dalam Koperasi Alumni Sekolah Menengah Teknik Kuala Lumpur Selangor Berhad :



Jika nama tuan-tuan dan puan-puan tidak disenaraikan, sila hubungi pihak ALK secara peribadi atau boleh hubungi admin di talian 03-8920 8856 untuk membuat pembayaran dan mengemaskini status keahlian tuan-tuan dan puan-puan.





disunting oleh iezahosman

Wednesday, 18 January 2017

Mesyuarat ALK Kali ke Tiga sesi 2015-2018

BY COPERATECH (Reg : B-4-0877) IN , No comments

Assalamualaikum



Tanggal 13hb Januari 2017, hari Jumaat bersamaan 14 Rabiulakhir 1438 tepat pada pukul 8.30 malam telah diadakan Mesyuarat Ahli Lembaga Koperasi (ALK) kali ke-3 bagi sesi 2015-2018 bertempat di Pejabat HQ COPERATECH, Seksyen 9, Bandar Baru Bangi.

Perbincangan mesyuarat adalah berkisar kepada hala tuju perniagaan koperasi dan persediaan untuk MAT ke-5.

Mesyuarat kali ini telah dihadiri oleh :















dan disertai oleh :








sesi perbincangan yang hangat



cool down and chill situation



Mesyuarat telah ditangguhkan tepat pada pukul 12.00 tengah malam.











disunting oleh iezahosman




Friday, 22 January 2016

Projek Pertanian Lemon Myrtle (LM) : our first step in making history...

BY COPERATECH (Reg : B-4-0877) No comments

Assalamualaikum

Tahun 2015 telah merekodkan beberapa siri perjumpaan bersama PKPS berkaitan Projek Pertanian Lemon Myrtle (LM) yang bakal menjadi antara tunjang utama perniagaan COPERATECH BERHAD.

Tanggal 9hb Januari 2016 lepas, Sang gajah aka Mesin Excavator telah menjengah ladang Coperatech di Selangor Fruit Valley untuk memulakan kerja-kerja land clearing.

memperkenalkan...tadaaa...sang gajah yang dibawa masuk ke ladang coperatech.
hai to sang gajah. kerja elok-elok.

dari kiri - Tn. Yusni Mansor, the supervisor : En. Rashid, Pemilik gajah : Tn. Dawam
and Tn. Pengerusi : Tn. Mokhtar Zukifli



langkah pertama!

apa la yang tn. pengerusi dan lain-lain ni dok tengok...cari ulat pancing ikan yeee


Alhamdulillah...semoga dimudahkan segala urusan olehNya. Aminnn.

#bersatuhidupberjasa
#projektahun2016

Our First Step in 2016 : Menjengah Ibu Pejabat SKM, Shah Alam

BY COPERATECH (Reg : B-4-0877) No comments

Assalamualaikum

Tanggal 8hb Januari 2016 lepas, Coperatech Berhad yang diwakili oleh Tn. Mokhtar Zukifli dan Tn. Sazali Ismail telah menjengah ibu pejabat SKM yang terletak di Shah Alam yang beralamat seperti berikut :

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA NEGERI SELANGOR
Tingkat 10 & 11, Bangunan Affin Bank
Lot Precint 3.4, Persiaran Perbandaran,
Seksyen 14, 40990 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

Kehadiran 2 orang wakil COPERATECH BERHAD ini adalah untuk mendapatkan pencerahan yang lebih jelas berkaitan GP semasa, audit, account, honorarium, elaun, tabung pusingan modal (TMP), geran asas disamping isu-isu berkaitan koperasi di dalam malaysia.


amboi..amboi tn.pengerusi, main cak cak ye...hehehe

pihak SKM yang diwakili oleh Tn. Nik dan Pn. Suridawati

tn. mokhtar zukifli and his ideas!

sesi pencerahan sedang hangat!

Pemandangan dari tingkat 10
kredit kepada jurufoto : tn. sazali ismail

Alhamdulillah... sesi pencerahan juga berjalan dengan lancar. Ini merupakan langkah pertama untuk permulaan yang gemilang bagi tahun 2016 (In shaa Allah).


Let's move forward! and never look behind...tinggalkan je yang beburuk tu...peace.

#Salam1MesraKoperasi
#bersatuhidupberjasa

Saturday, 9 January 2016

SELAMAT TAHUN BARU...WELCOME TO 2016!!!

BY COPERATECH (Reg : B-4-0877) No comments


Assalamualaikum



Selamat Tahun Baru diucapkan kepada semua anggota koperasi, ahli lembaga koperasi sesi 2015-2018 yang terpilih dari AGM Ke-4 pada 19 September 2015 yang lepas dan seterusnya saudara saudari sekalian.
Masih belum terlambat saya kira untuk mengucapkan selamat tahun baru ini.

Siapa sangka, COPERATECH BERHAD telah bertahan selama 4 tahun, menjaga kebajikan ahli-ahlinya sebaik mungkin dan juga mewujudkan peluang perniagaan kepada ahli-ahlinya untuk meningkatkan ekonomi bersama.

Tahniah diucapkan kepada semua barisan ALK yang telah diberikan mandat sepenuhnya untuk menjaga keutuhan koperasi sebelum ini. Kini, dengan perlantikan ALK sesi 2015-2018 diharap akan dapat menaikkan lagi nama COPERATECH BERHAD di dalam apa jua bidang yang akan diceburi.

Now, untuk tahun 2016 ini, let's kita mulakan post-post awal dengan mengimbas kembali perjalanan penubuhan COPERATECH BERHAD sehingga tahun 2015. Beberapa post akan diupdate dari masa ke semasa dengan judul "Seimbas Pandang Part ... ".

Tujuan utamanya adalah untuk merekodkan perjalanan koperasi ini dari awal penubuhan sehingga tahun 2015 dengan lebih teratur disamping memberikan maklumat umum semasa dari tahun 2016 ke hadapan kepada anggota koperasi lain dan seterusnya untuk kita sama-sama mewujudkan generasi pelapis legasi xtikl8182 berpandukan matlamat asal penubuhan Koperasi Alumni Sekolah Menengah Teknik Kuala Lumpur Selangor Berhad (COPERATECH BERHAD).

Marilah kita bersama-sama berpimpin tangan, berganding bahu untuk menaikkan legasi xtikl8182 dan terus memberikan saingan dalam mencapai kejayaan berkoperasi di masa mendatang.

Sekian dan terima kasih.

#bersatuhidupberjasa
#misimengumpulrekodcoperatech:2010-2015
#meneruskanlegasixtikl8182dipersadaperjuangan

disunting oleh iezahosman

Friday, 25 September 2015

Sample JV and Contract Farming

BY COPERATECH (Reg : B-4-0877) IN 1 comment


Sample Contract Farming



 Sample JV

Peta lokasi SELANGOR FRUIT VALLEY (SFV)

BY COPERATECH (Reg : B-4-0877) IN 1 comment


Program Usahawan Tani Selangor Fruits Valley

BY COPERATECH (Reg : B-4-0877) IN 1 comment

Pada 25 September 2015 bersamaan 11 Zulhijjah 1436H, hari Jumaat, telah diadakan perjumpaan wakil dari COPERATECH dengan group GM Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor, Tuan Haji Tambi Omar Mohammed.



COPERATECH memohon tanah seluas 20hektar / 50hektar di Selangor Fruit Valley.
inshaaAllah, very positive!

Syukur Alhamdulillah kepada Allah taala.
Ini semua adalah berkat DOA dari rakan-rakan dan AHLI-AHLI COPERATECH.


Monday, 21 September 2015

Mesyuarat Agung Tahunan kali ke 4 - Pembentangan Cadangan Perniagaan COPERATECH (2015-2018)

BY COPERATECH (Reg : B-4-0877) IN 2 comments

Satu sidang mesyuarat bertajuk Pembentangan Cadangan Perniagaan COPERATECH (2015-2018) telah diadakan pada

Tarikh :19-09-2015 bersamaan 5 Zulhijjah 1436H
Hari : Sabtu
Masa : 12pm - 1pm
Tempat : Tingkat 3, Biz Point, Seksyen 7, Shah Alam

Di sertakan segala isi kandungan untuk rujukan semua ahli COPERATECH BERHAD.