Wednesday 29 August 2012

Mesyuarat Agung Kali Pertama COPERATECH

BY COPERATECH (Reg : B-4-0877) No comments

Assalamualaikum wbt,

Kepada semua ahli Koperasi Alumni Sekolah Men Teknik Kuala Lumpur Selangor (Bhd) yang telah berdaftar dan sahabat XTIKL 81/82 yang masih belum mendaftar, anda dialu-alukan untuk menghadiri mesyuarat seperti butiran berikut :


Anggota Perwakilan dan ahli koperasi
Koperasi Alumni Sekolah Menengah Teknik Kuala Lumpur Selangor (Berhad) 

NOTIS  MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN TAHUNAN KALI PERTAMA
Koperasi Alumni Sekolah Menengah Teknik Kuala Lumpur Selangor (Berhad) 

Dengan ini dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Kali Pertama Koperasi Alumni Sekolah Menengah Teknik Kuala Lumpur Selangor (Berhad) akan diadakan seperti maklumat berikut :

Tarikh :  1 September 2012 (Sabtu)
Masa Pendaftaran : 8.30 pagi
Tempat Mesyuarat :
Pejabat Operasi COPERATECH, 30-1-1B , Jalan Medan PB 2B,
Seksyen 9, Pusat Bandar Bangi, Bandar Baru Bangi, 43650 , Selangor.

Aturcara majlis

8.30 pagi – pendaftaran anggota perwakilan
9.15 pagi – ucapan alu-aluan Pengerusi Majlis
9.25 pagi – bacaan doa oleh Tn Hj Mohd Adlan Mohd Din
9.30 pagi – Ucapan oleh Tn Hj Idris Abdullah (Pengerusi)
9.45 pagi – slot khas dari Rakyat Management Services Sdn Bhd
                    (Projek Khas Ar-Rahnu)
- Mesyuarat agung Perwakilan Kali Pertama dimulakan
12.00 tengahari – penangguhan mesyuarat
12.30 tengahari – Jamuan Makan tengahari
*********************************************************



1.    Ini adalah Notis Mesyuarat AGM yang saya keluarkan kali ketiga (pertama bertarikh 20 Julai 2012 dan kedua 10 Ogos 2012).
 2.    Ahli juga berhak untuk mengemukakan sebarang usul cadangan dalamborang yang saya telah kepilkan bersama dan di bawah ini ada beberapa usul yang berkaitan .

 3.    Senarai Usul-usul yang akan dibentangkan pada AGM bertarikh 1 September 2012:

3.1 Bahagian III matlamat fungsi dan aktiviti Seksyen 9 (1) - Menjalankan  perniagaan Ar-Rahnu
3.2 Bahagian IV keanggotaan kelayakan menjadi anggota Seksyen 11 - ahli-ahli boleh juga diterima dari kalangan rakan, sahabat, rakan kongsi , pasangan dan anak-anak ahli dan pekerja koperasi .
3.3 Bahagian VI asset dan wang koperasi - Simpanan khas, deposit atau pinjaman - Seksyen 55 (5) menetapkan kebolehberhutangan (pinjaman) sebanyak  RM 100 juta

Berikut nama ahli yang telah mengesahkan kehadiran
1. Tuan Haji Idris Abdullah
2. Mohd Suhaibul Muslimin
3. Siti Khadzimah Sallip
4. Mohd Roslan Saad
5. Izman Nordin
6. Sazali Ismail
7. Mokhtar Zukifli
8. Zulhisham Kamarudin
9. Rahimah Rahim
10.Shamsiah Radiman
11. Mohd Azlan Daiman
12. Mohd Hasan Basri Masri
13. Zulkiflee Mohd Abdul Kadir
14. Haron Tawil
15.Sarifudin Mohd Sharif
16. Azmi Mohd Khayon
17. Mohd Rafi Harun
18. Calvin Low
19. Mohd Zulkifle

Thursday 2 August 2012

Antara Barangan

BY COPERATECH (Reg : B-4-0877) No comments


 Antara barangan yang bakal dikeluarkan ................jom ngeteh

PROJEK TERKINI COPERATECH

BY COPERATECH (Reg : B-4-0877) No comments


Untuk makluman semua ahli COPERATECH, perkembangan terkini adalah:

1) Projek sewaan kereta usahasama koperasi bersama satu badan korporat
2) Projek Ar Rahnu bersama Rakyat Management Services Berhad

Ingin menjadi sebahagian daripada ahli yang terlibat secara langsung, sila kemukakan permohonan kepada kami di pejabat operasi koperasi di Pusat Bandar Baru Bangi. Kami memerlukan seramai mungkin ahli untuk berganding bahu menjadikan projek ini satu realisasi.

Wasalam.

RUANG IKLAN + Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak Yatim TIKL

BY COPERATECH (Reg : B-4-0877) No comments

SUMBANGAN DALAM BENTUK PEMBELIAN RUANG IKLAN
Untuk pengetahuan semua warga XTIKL, pihak sekolah ingin memohon jasa baik para dermawan yang sudi untuk membantu pihak sekolah untuk memberi smbangan kepada pihak sekolah dengan membeli ruang iklan yang ada di dalam Majalah TEKNIKA 2012. Ini adalah bertujuan menampung kos harga majalah yang telah meningkat kebelakangan ini dan juga bertujuan untuk menambah dana PIBG SMTKL. Anda boleh download borang ini dan menghubungi pihak sekolah untuk maklumat lanjut.

Wasalam
Wakil PIBG





SUMBANGAN BERSEMPENA RAMADHAN KEPADA ANAK YATIM 
 
Satu Majlis berbuka puasa meraikan anak yatim SMTKL akan diadakan pada:

Tarikh : 4 Ogos 2012
Tempat : Dewan SMTKL
Masa : bermula 6.00 petang

Dijemput semua Alumni TIKL atau mana-mana badan korporat yang ingin memerikan sumbangan untuk hadir sama memeriahkan majlis berkenaan.
Bayaran boleh dikemukakan kepada akaun ALUMTEK seperti tertera dalam poster ini.
Wasalam