Assalamulaikum semua sahabat perayau YG XTIKL 81/82 ,
Selamat menyambut Ramadhan al Mubarak.
Bersempena menyambut bulan yang mulia ini saya memohon ribuan kemaafan
sekiranya terdapat sebarang kekhilafan dari pihak saya sepanjang
persahabatan ini dan saya mendoakan semoga semua sahabat mendapat
kerahmatan di bulan mulia ini.
Bersama ini saya kepilkan Notis Mesyuarat Agung Kali Pertama 1/2012
Mohon supaya para sahabat yang telah atau[pun belum mendaftar sebagai ahli memberi jawapan memaklumkan kehadiran dan memberikan cadangan usul untuk dibawa ke dalam Mesyuarat Kali Pertama 1/2012 - Koperasi Alumni Sekolah Menengah Teknik Kuala Lumpur Selangor Berhad . Sila emelkan jawapan dan usul anda kepada coperatech@gmail.com dalam kadar segera .
.** Untuk makluman , pihak sekolah juga akan mengadakan Sambutan Jubli Emas ke 50 penubuhan
sekolah kita TIKL yang dianjurkan oleh Alumni dari Senior Pertama
batch 1961/62 yang merupakan pioneer di sekolah kita pada bulan Oktober .
Maklumat lanjut akan saya berikan dalam jangka waktu terdekat bagi
membolehkan kita sama-sama menjayakan kedua-dua event besar kita ini.
Sekian terima kasih
Wasalam
Yang menjalankan tugas ,
Siti Khadzimah Sallip
S/U Kehormat
Sesi 2010/2012
** klausa perwakilan merujuk kepada ahli yang mempunyai syer penuh dan layak mengundi
dan klausa ahli adalah merujuk kepada semua ahli yang telah mendaftarsebagai ahli koperasi tetapi belum menyempurnakan syer penuh serta tidak layak mengundi
Rujukan Kami :
COPERATECH/ahli/AGM-01/02-2012 Tarikh
: 20 Julai 2012
|
|
Anggota
Perwakilan dan ahli koperasi
Koperasi
Alumni Sekolah Menengah Teknik Kuala Lumpur Selangor (Berhad)
NOTIS MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN TAHUNAN KALI
PERTAMA
Koperasi Alumni Sekolah Menengah Teknik Kuala Lumpur
Selangor (Berhad)
Dengan ini dimaklumkan
bahawa Mesyuarat Agung Perwakilan
Tahunan Kali Pertama Koperasi Alumni Sekolah Menengah Teknik Kuala Lumpur
Selangor (Berhad) akan diadakan seperti maklumat berikut :
Tarikh : 1 September 2012 (Sabtu)
Pendaftaran : 8.00 pagi
(Mesyuarat --> rumah terbuka)
Cadangan tempat : (masih
dalam perbincangan)
1) dewan Stadium DBKL 2) Dewan TIKL (sekolah ada banyak event)
3) Seri Bangi Club House/ depan rumah – pusat
komuniti Percint 9
4) Saujana Impian / Kota Permai Club House / Tasik
putrajaya
Aturcara majlis
8.00 pagi
– pendaftaran anggota perwakilan
9.15 pagi
– ucapan alu-auan Pengerusi Majlis
9.25 pagi
– bacaan doa oleh Tn Hj Mohd Adlan Mohd Din
9.30 pagi
– Ucapan oleh Tn Hj Idris Abdullah (Pengerusi)
-
Mesyuarat
agung Perwakilan Kali Pertama dimulakan
12.00
tengahari – penangguhan mesyuarat
12.30
tengahari – Jamuan Hariraya
Agenda Mesyuarat
1. Melantik Pengerusi
Mesyuarat
2. Memilih dan
melantik tiga orang pengira kertas undi
3. Memilih minimum tiga orang ALK tahun 2012/2015 untuk mengisi jawatan anggota lembaga yang
menarik diri dan meletak jawatan. (klausa 37 - 38)
4. Menerima dan
mengesahkan Mesyuarat Agung Permulaan pada
31 hb Julai 2010.
5. Membentangkan dan
menerima laporan tahunan 2011 :
5.1
Laporan Tahunan Anggota Lembaga Koperasi.
5.2
Laporan Jawatankuasa Audit Dalaman
6. Membentang dan
menerima Penyata Kewangan beraudit berakhir 31 hb Disember 2011.
6.1
Laporan Juruaudit Luar
6.2 Pandangan Suruhanjaya Koperasi Malaysia mengenai
akaun kewangan tahun 2011.
7.
Menimbang dan meluluskan Anggaran Pendapatan dan Perbelanjaan bagi tahun 2013.
8. Meluluskan cadangan pembahagian keuntungan bagi tahun berakhir 31
hb Disember 2011.(digantung)
8.1 pembahagian
dividen atas syer
8.2 pembahagian
dividen atas yuran
8.3 pembahagian
dividen atas simpanan khas
8.4 pembahagian
honorarium Anggota Lembaga Koperasi (putuskan)
9. a)
Memberi kuasa kepada Jawatankuasa Pengurusan untuk Pinjaman Luar tidak lebih
daripada RM 100 000 000.00 .
b) Memberi kuasa kepada Jawatankuasa
Pengurusan untuk melabur tidak lebih daripada RM 100 000 000.00.
10.
Melantik tidak kurang daripada dua firma audit untuk Juruaudit luar bagi tahun
2012.
11.
Memilih enam orang perwakilan dan empat orang Anggota Lembaga Koperasi untuk
menentusahkan draf minit Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Kali Pertama.
12.
Mengumumkan keputusan undi pemilihan
Anggota Lembaga Koperasi 2012/2015.
13.
Menimbangkan dan meluluskan cadangan pindaan Undang-undang Kecil Koperasi.
14.
Membahaskan usul-usul (jika ada)
15.
Ucapan penangguhan.
Yang
menjalankan tugas,
Siti Khadzimah Sallip
Setiausaha
KOPERASI ALUMNI
SEKOLAH MENENGAH TEKNIK KUALA LUMPUR SELANGOR
(BERHAD)
Sila kemukakan cadangan usul untuk
diperbahaskan :
Nama
pencadang
|
|
No
kad pengenalan
|
|
No
keahlian
|
|
No
telefon
|
|
Emel
pencadang
|
|
Kehadiran
|
Saya
bersetuju untuk HADIR / TIDAK HADIR dan
bersama ini adalah usul cadangan dari saya
|
Usul
1:
|
|
Usul
2 :
|
|
Usul
3:
|
|
Atau fax
kepada kami di no . fax : 603 - 89222535
0 comments:
Post a Comment