Tuesday 17 April 2012

Kerjasama COPERATECH dan PIBG SMTKL

BY COPERATECH (Reg : B-4-0877) No comments

CADANGAN MAJLIS MAKAN MALAM SMTKL 2012
 
OBJEKTIF
 
Majlis Makan Malam SMTKL 2012 diadakan bertujuan untuk permulaan (kick-off) program menambah dana PIBG untuk menaiktaraf kemudahan dan membiaya program program yang dirancang pihak sekolah. Program yang dirancang akan berjalan dalam tempoh satu (1) tahun.

Sasaran kutipan adalah sebanyak RM1,000,000.00.

Seterusnya bertujuan untuk mengumpul semula semua bekas pelajar (alumni) dengan harapan memberi kesedaran kepada mereka keadaan sekolah kini yang memerlukan suntikan modal untuk menaiktaraf kemudahan dan program pembelajaran demi menjamin kejayaan dan reputasi sekolah seiring dengan tuntutan semasa.


LATARBELAKANG


Sekolah Menengah Teknik Kuala Lumpur telah diiktiraf sebagai sekolah cluster pada tahun 2008. SMTKL adalah antara sekolah berasrama penuh aliran teknikal yang terbaik dinegara ini dan menjadi pilihan pelajar sekitar Kuala Lumpur & Selangor. Sekolah ini mampu menampung jumlah pelajar seramai antara 800 hingga 1000 orang. Namun banyak kemudahan pembelajaran, infrastruktur dan kediaman yang telah uzur dan outdated perlu dinaiktaraf, ditukar dan diperbaiki demi memantapkan prestasi sekolah dan mengekalkan kedudukannya di mata masyarakat.

Disamping itu juga banyak program yang dianjurkan oleh pihak sekolah untuk memastikan para pelajar cemerlang di dalam bidang akedemik, ko kurikulum, sukan, rekacipta, pembentukan sahsiah, jatidiri, lawatan industry, lawatan keantarabangsaan dan lain lain program yang memerlukan pembiayaan kewangan yang besar.


RINGKASAN


No

Deskripsi kerja / naiktaraf / aktiviti
Anggaran Kos
RM

1

Tambahan kipas angin dinding untuk bilik kuliah

55,000.00

2

Tambahan kipas angin dinding dan pemasangan built in cabinet di bilik asrama

441,000.00

3

Pemasangan PA system baru di Dewan Utama

20,000.00

4

Pembelian buku rujukan baru dan komputer untuk bilik Pusat Sumber

25,000.00

5

Naiktaraf dan membaiki kerosakan bangunan Dewan Makan

50,000.00

6

Program Jalinan Antarabangsa (2 kali setahun)

50,000.00

7

Program peningkatan akademik, kokurikulum & sahsiahdiri

80,000.00

8

Pembinaan padang futsal baru

100,000.00

9

Pembelian mesin basuh di asrama

12,000.00

10

Menaiktaraf landskap dan papantanda

20,000.00

11

Menaiktaraf dan membaiki kerosakan tandas & tempat wuduk di surau Al Falah

60,000.00

12

Research & Development dan pemasaran QiFind

87,000.00



JUMLAH

1,000,000.00

0 comments: