Saturday 9 January 2016

SELAMAT TAHUN BARU...WELCOME TO 2016!!!

BY COPERATECH (Reg : B-4-0877) No comments


Assalamualaikum



Selamat Tahun Baru diucapkan kepada semua anggota koperasi, ahli lembaga koperasi sesi 2015-2018 yang terpilih dari AGM Ke-4 pada 19 September 2015 yang lepas dan seterusnya saudara saudari sekalian.
Masih belum terlambat saya kira untuk mengucapkan selamat tahun baru ini.

Siapa sangka, COPERATECH BERHAD telah bertahan selama 4 tahun, menjaga kebajikan ahli-ahlinya sebaik mungkin dan juga mewujudkan peluang perniagaan kepada ahli-ahlinya untuk meningkatkan ekonomi bersama.

Tahniah diucapkan kepada semua barisan ALK yang telah diberikan mandat sepenuhnya untuk menjaga keutuhan koperasi sebelum ini. Kini, dengan perlantikan ALK sesi 2015-2018 diharap akan dapat menaikkan lagi nama COPERATECH BERHAD di dalam apa jua bidang yang akan diceburi.

Now, untuk tahun 2016 ini, let's kita mulakan post-post awal dengan mengimbas kembali perjalanan penubuhan COPERATECH BERHAD sehingga tahun 2015. Beberapa post akan diupdate dari masa ke semasa dengan judul "Seimbas Pandang Part ... ".

Tujuan utamanya adalah untuk merekodkan perjalanan koperasi ini dari awal penubuhan sehingga tahun 2015 dengan lebih teratur disamping memberikan maklumat umum semasa dari tahun 2016 ke hadapan kepada anggota koperasi lain dan seterusnya untuk kita sama-sama mewujudkan generasi pelapis legasi xtikl8182 berpandukan matlamat asal penubuhan Koperasi Alumni Sekolah Menengah Teknik Kuala Lumpur Selangor Berhad (COPERATECH BERHAD).

Marilah kita bersama-sama berpimpin tangan, berganding bahu untuk menaikkan legasi xtikl8182 dan terus memberikan saingan dalam mencapai kejayaan berkoperasi di masa mendatang.

Sekian dan terima kasih.

#bersatuhidupberjasa
#misimengumpulrekodcoperatech:2010-2015
#meneruskanlegasixtikl8182dipersadaperjuangan

disunting oleh iezahosman

0 comments: