Saturday 26 March 2011

Projek Niaga di RnR Genting Sempah

BY COPERATECH (Reg : B-4-0877) IN 3 comments

Kepada Semua Ahli COPERATECH dan sahabat XTIKL 81/82, hasil Mesyuarat Kali Ketiga ALK pada 25 hb Mac 2011, ALK telah memutuskan untuk memulakan Projek Niaga di R n R Genting Sempah .
Kami memohon kerjasama para sahabat untuk memberikan komen dan cadangan terbaik untuk Projek terbesar untuk tahun 2011. Kertas Kerja dan Konsep yang dipersetujui ahli akan dibentangkan kepada pihak MTD Prime dan FAMA pada akhir bulan April ini.
Jawatankuasa Projek R n R :  Sdra Abool, Budin, Zul Parits, Uterk , Roy
Blok Niaga yang masih kosong - Blok D - 7 lot, Blok E - 10 lot (cadangan ubanhsuai ikut market trend)
Blok Niaga yang ditawarkan oleh pihak MTD Prime dan dicadang untuk projek pertama adalah di Blok C ( Sebelah Mc Donalds) yang mempunyai 7 buah gerai niaga yang telah kami kenalpasti .
2 lot - khas untuk IKS FAMA
3 lot - dicadangkan untuk Sate Kajang Hj Samuri
2 lot - dicadangkan untuk kopitiam bernama COPERTIAM
Kami juga bercadang untuk membina platform di tengah-tengah antara cerun yang ada kerana tangga yang ada sekarang terlalu curam dan cadangan membina escalator perlu ditangguhkan kerana kos pembinaan yang agak tinggi. Platform ini nanti akan diletakkan meja dan kerusi tambahan dan konsepnya terbuka.
Bahagian depan lot kedai sebahagian dalam bentuk semi-tertutup dan kami akan menyediakan prasarana dengan kemudahan WIFI (target market - golongan 20 - 40++) yang mobile dan perlukan tempat bersantai dan selesa.
Semak anggaran kami dan beri KOMEN anda......this is our FIRST MAIN project !!
JADIKANNYA REALITI......KAMI PERLUKAN KERJASAMA ANDA SEMUA !!

Pre liminary estimation
Design concept  : -
1) layout  sitting/ eating area
2) New terrace
3) WIFI
4) M & E - aircond enclosure
5) lighting  & exhaust fan
6) ATM Machine - identify RHB bank sebab  Maybank dan CIMB dah ada nearby
7) P.A system
Costing – construction & raw Material
Projection income - short term and long term
S/U COPERATECH 2010/2011

3 comments:

COPERATECH (Reg : B-4-0877) said...

Yesss.....berjaya jugak akhirnya meletakkan counter.....waaah....good !!
I LIKE

abool said...

tiba-tiba nama kena petik?.... Insya Allah kita sama-sama jayakan projek ini

drake said...

Moga projek copertiam ni jd kenyataan...insyaAllah. Bolehlah aku singgah sini tiap2 kali travel kt-kl-kt.