Sunday 3 April 2011

BULETIN COPERATECH 1/2011_APRIL

BY COPERATECH (Reg : B-4-0877) 1 comment

Dgn.NamaNya Yg Maha Mulia,Pengasih Lagi Penyayang..
Assalamulaikum wb..buat semua sahabat and ahli Coperatech yg.dihormati,diingati & disyangi selalu...
Buletin 1/2011 Coperatech
 AM
Chronology Events ; Jan~Mac.2011

1 Jan.2011-Mesyuarat 1/2011 ALK di pejabat berdaftar Coperatech, S.Alam (office Lan S)
8 Mac.2011-Mesyurat 2/2011 ALK di pejabat Abool, Bangi
10 Mac.2011-Ubahsuai pejabat resmi Coperatech,Bangi  siap sepenuhnya dipimpin oleh Tn.Wasco
21~23 Mac.2011-Kursus Penyediaan Manual Prosedur Kerja Koperasi di MKM,PJ
25 Mac.2011-Mesyuarat 3/2011 ALK julung2 kalinya diadakan di pejabat resmi Coperatech,Bangi

Future Events : Apr.2011
4~5 April 2011-Kursus Pentadbiran & Pengurusan Koperasi, MKM PJ.
9 April 2011 – Kursus Kecermelangan Matematik, Sg.Merab Kajang anjuran Coperatech & MPT
16 April 2011-Majlis doa selamat dan jamuan rengan sempena upacara pembukaan pejabat resmi Coperatech di Bangi
April 2011-Acara Bulanan Program Sihat mendaki Bukit Broga anjuran Coperatech
24 Apr.2011 – Bowling events oleh Kelab Kebajikan & Alumni TIKL8182
Apr.2011-Menyiapakn CV dan dokumen Coperatech bagi pendaftaran koperasi ke ANGKASA

 VISI
Legasi bertugas hidup berjasa

MISSI
Membangunkan taraf sosi-ekonomi ahli dengan aktiviti2 perniagaan yang berlandaskan syarak & kekoperasian

SASARAN  - OBJEKTIF - HALA TUJU
 Coperatech sesi 2010-2011

1-Menyiapkan Manual Prosedur Kerja Koperasi bagi tadbir urus,kewangan dan perniagaan bagi Coperatech sebelum akhir May.2011, dan selewat2nya pertengahan Jun.2011.
2- Dari masa kesemasa merancang , meluaskan jaringan, dan peningkatan strategi perniagaan & pelaburan Coperatech melalui Strategic Business Partnership Program dengan Koperasi2 lain, Jabatan Kerajaan & pihak swasta.
3- Mensasarakan geran tanah anugerah  kerajaan bagi projek2 pertanian-perniagaan Coperatech.
4-Mensasarkan keahlian seramai 200 orang menjelang Jun2011 dikalangan batch XTIKL8182.
5-Menjana dana Coperatech sebanyak RM1 120,000.00 (dengan sasaran 100 ahli berbayar penuh x RM1,200) sebelum akhir Jun.2011 bagi tujuan perniagaan ekonomi semasa.
6-Sasaran pendapatan perniagaan sebanyak RM 200,000.00~RM 500,000.00 bagi tahun pertama operasi Coperatech.
7- Sasaran pembayaran dividen syer ahli sebanyak 10~20% bagi tahun pertama operasi Coperatech.
8-Sasaran elaun hadir Mesyuarat Agung sebanyak RM 100.00 seorang.
9-Membantu Ahli bagi menyelesaikan masalah kewangan semasa dengan pinjaman mikro kredit yg.akan diuruskan Coperatech melalui pinjaman bank dan potongan biro ANGKASA.

   
KEAHLIAN

Sehingga 31 Mac.2011 ahli berbayar adalah seramai 39 orang dengan 4 orang ahli telah pun membuat pembayaran penuh. Terima kasih dan bravo Tuan2 & Puan2.
Sasaran seterusnya adalah seramai 161 ahli berdaftar & berbayar sebelum Jun.2011.

ALK
Pada Mesyuarat ALK ke 3 lepas, pihak pengurusan ALK telah bersetuju untuk membuat gantian dan pertukaran kepada 4 orang ALK yg.meletak jawatan dan menarik diri. Delegasi merisik & surat tawaran akan dijalankan pada masa terdekat oleh Tuan Pengerusi, Puan SU dan lain2 ALK.  

Demi menjaga hubungan persahabatan dan persaudaraan yg telah lama terjalin, semua surat dan transmisi komunikasi (sms,mail,dsb) perletakan jawatan,menarik diri dsb. akan difailkan diperingkat dalaman sahaja tanpa diperpanjangkan ke peringkat SKM.
Bagi urusan resmi Koperasi, ALK yg.meletak jawatan ,menarik diri dsb.ini juga perlu membayar yuran keahlian mereka kepada Coperatech seperti yg.tercatat dalam Undang-Undang Kecil Koperasi. Kegagalan Tuan berbuat demikian akan menimbulkan percanggahan dalam urustadbir Koperasi terutama ketika Audit Luaran dari pihak SKM. Semuga mendapat perhatian & keperihatinan pihak sahabat2 yg.berkenaan.


PROJEK
1-R&R Genting Sempah ; konsep Kopisatu (Coperatiam) dimana kertas kerja dan konsep arkitek telah bermula.Pembentangan konsep kertas kerja akan dibuat pada bulan May depan berama FAMA & MTD.
2-Kem Kecermelangan Matematik dengan kerjasama Puan SU & Pensyarah MPT di Sg.Merab,Kajang.
Siri pertama akan diadakan pada 9 Apr.ini dan penyertaan setakat ini adalah sekitar 20 orang. Sasaran peserta adalah seramai 50 orang dan memohon kerjasama semua ahli dan sahabat untuk sama2 mempromosikan kem in disekolah anak masing2. Bayaran adalah sebanyak RM50.00 seorg.bagi ahli berbayar Coperatech dan RM100 seorg.bagi bukan ahli.

3-Konsep perniagaan Kopisatu (Coperatiam) di Politeknik Nilai, Multimedia University Cyberjaya masih lagi diperingkat awal perbincangan.

4- Pembekalan alat ganti Air-craft juga masih diperingkat awal dengan usaha mendapatkan modal awal kini giat dijalankan.

5- Projek2 Perniagaan bersama ANGKASA telah dimulakan dan dirangka oleh Bendahari Kehormat Coperatech Tuan Urtex . Dengan unjuran pinjaman RM 1 juta dengan dana terkumpul Coperatech sebanyak RM 100,000.00 akan direalisikan dengan pendaftaran Coperatech pada bulan May/Jun nanti.

6- Kolabrasi Latihan Teknikal & Keselamatan sedang diusahakan antara Copeartech dengan CIDB, NIOSH, Angkasa & Agensi2 Latihan Kerajaan berkaitan.

7-Projek2 Hartanah juga sedang diusahan oleh Tuan Carlos bersama Tuan Abool , ALK & Ahli. Setakat ini projek pembangunan hartatanah di Jln.Kebun & LAbu LAnjut menghadapi masalah bagi dimajukan. Project team sedang menganalisa lain2 projek di Cyberjaya,Labu dll tempat bagi forecasting every aspects of development sebelum betul2 commit dalam pelaburan ini.

8- Copeartech juga sedang mengusahakn projeck Petrol station  dengan usahasama sahabat2 dan ANGKASA bagi mereliasasikan sasaran perniagaan ini.

9- Coperatech juga telah membuat beberapa kerjasama perniagaan dengan sahabat2 & ahli Coperatech ;

a-Perkhidmatan Insuran Am & Bermotor bersama Tuan Roslan Saad.
Butir2 lanjut perkhidmatan akan diwar2kan oleh Tuan Roslan sendiri dalam masa terdekat.Secara am,perkhidmatan yg ditawarkan adalah insuran takaful kenderaan bermotor (renewal) dll.

b-Lantikkan Kontraktor Binaan & Ubahsuai Bangunan bersama Tuan Wasco.
Menjalankan kerja2 ubahsuai pejabat,rumah,bangunan bersama Coperatech. Setakat ini Tuan Wasco telah menjalankan  beberapa projek ubahsuai bangunan bersama Coperatech.

c-Usahama Coperatech dgn.sahabat oil&gas untuk menjalinkan perniagaan minyak pelincir sedang giat dijalankan terutama untuk mendapatkan lesen bagi pengedaran minyak pelincir setempat. Butir2 lanjut akan dikemaskini dari masa kesemasa

*Coperatech juga mengalu2kan mana2 sahabat yg berminat untuk menjalinkan apa jua bentuk perniagaan yg.dibenarkan oleh syarak bersama Coperatech dibawah naugan perniagaan Koperasi.

KOMUNIKASI
Pejabat Coperatech Bangi :
30-1-1B,Jln.Medan Pusat Bandar 2B,Sekyen 9,Pusat Bandar BAru Bangi,43650  Selangor. Phone & Fax 03-8922 2535 dengan full wi-fi coverage
FB : coperatech
Alumni Group mail : xtikl8182@yahoogroups.com


LAIN-LAIN
1-Tuan Roslan selaku runner Takaful sedang giat mendaftarkan ahli berbayar dibawah takaful kelompok dan khiarat kematian berkumpulan. Terdapat halangan syarat2 underwriter pada klasifikasi kerjaya ahli berdaftar yg.menyebabkan kelewatan sedikit. Tuan Roslan sedang berusaha untuk mendapatkan kelulusan syarat khas tersebut dimasukan dalam perlindungan takaful berkelompok.
2- Buletin Coperatech ini akan diusahakan dari masa kesama dan sasaran sebulan sekali bagi tujuan update info dan aktiviti terkini Coperatech. Sebarang cadangan dan tambah baik pada bulletin Coperaetch ini amat dialu2kan.

Wallahullam & wasalam
Salam perjuangan dari
TAICHE AKA SAZALI
TIMB.PENGERUSI COPERATECH 2010/11
2 APR.2011
BAGI PIHAK TUAN PENGERUSI,SU,BENDAHARI DAN ALK SEMUA..

1 comments:

COPERATECH (Reg : B-4-0877) said...

Full payment dah ramai bayar...cuma tak sempat update...mohon pemangku Bendahari maklum yang terkini !