Sunday 8 May 2011

Kolaborasi dengan ANGKASA

BY COPERATECH (Reg : B-4-0877) No comments

Assalamualaikum wbt,
 
Kepada semua sahabat XTIKL 81/82 , terdapat beberapa perkara yang saya ingin kongsikan bersama sahabat di alam maya ini.
 
1) COPERATECH akan menjadi ahli ANGKASA dalam waktu yang terdekat dengan syarat keahlian telah mencapai 50 orang paling minima.
Keahlian COPERATECH sehingga tahap ini baru mencapai 41 orang....!!
 
2) Terdapat banyak kelebihan jika COPERATECH menjadi ahli ANGKASA. Di antaranya adalah kelebihan anak ahli mendapatkan Tabung pinjaman
Pendidikan yang disediakan bernama TAPAK . Sila rujuk website ini......(ini adalah Borang tahun lepas...tahun 2011 belum dikeluarkan lagi )
 
 
3) Syarat kelayakan agak longgar berbanding mendapatkan pinjaman PTPTN yang dilihat tidak banyak membantu anak-anak kita kerana bagi mereka yang berpendapatan melebihi RM 3000 secara otomatik tidak layak memohon PTPTN . Jadi saya memohon kepada para sahabat yang anak-anak bakal melanjutkan pelajaran, mendaftarlah segera sebagai ahli Koperasi kita, kami akan bantu apa yang mampu.....!! (SYARAT ANGKASA...... UMUR AHLI BAWAH 40 TAHUN )
 
4) Selepas perbincangan dengan Pegawai Bahagian Pinjaman SKM Selangor, En Aidil ......terdapat beberapa perkara asas yang dimaklumkan kepada kami, iaitu sekiranya
koperasi ingin mendapatkan pinjaman , konsep timbal balik adalah "one to one "  di mana sekiranya pinjaman RM 100,000 maka cagaran yang perlu diletakkan kepada SKM juga adalah RM 100,000. Kami melihat perkara ini perlu diambil perhatian.....ALK akan bincang lagi
 
5) Sahabat yang mempunyai resume atau profil company yang boleh di kongsi bersama manfaat beberapa projek dalam ANGKASA diminta menghantar profil company kepada kami di alamat emel coperatech@gmail.com supaya kami boleh menghantar nya kepada ANGKASA  untuk mendapatkan tender yang berkaitan...jangan lepaskan peluang ini.
6) Saya melihat sahabat semua sangat prihatin atas isu-isu kebajikan, inilah kelebihan kita dalam berkoperasi....KEEP UP THE GOOD SPIRIT.........WE ARE FAMILIES !!
 
WASALAM
 
Saya yang menjalankan tugas,
 
SITI KHADZIMAH SALLIP
S/U KEHORMAT 2010 /2011.
8/05/2011

0 comments: