Wednesday 4 May 2011

Maklumat terkini !!

BY COPERATECH (Reg : B-4-0877) 1 comment

Assalamualaikum wbt,
 
Kepada sahabat XTIKL 81/82
 
1) Untuk makluman, petang tadi (4/05/2011) selepas perbincangan panjang lebar antara saya , S/U bersama Pegawai FAMA, En Rosli Basri terdapat beberapa maklumat penting yang ingin saya kongsikan bersama para sahabat di alam maya ini. Terima kasih tidak terhingga kepada pihak FAMA dan MTD kerana kepercayaan yang tinggi kepada COPERATECH.
 
2)  Pihak FAMA telah memberi peluang kepada ahli COPERATECH untuk menjadi usahawan di bawah naungan FAMA dengan menyediakan satu tapak perniagaan di Hentian Sebelah Lancang yang berkonsepkan perniagaan TANI. Mana-mana ahli COPERATECH yang berminat untuk berkolaborasi dengan FAMA boleh lah berhubung terus dengan kami (u.p : S/U Kehormat ) Sesiapa yang bergerak hala ke Pantai Timur mungkin boleh melihat2 tapak perniagaan di sini bagi melihat lebih lanjut apa yang boleh dibuat di sini.
 
3)  Projek R n R Genting Sempah  telah diberikan sepenuhnya lot tapak perniagaan sebanyak 7 buah lot kedai kepada COPERATECH kerana FAMA dan MTD Prime telah mencapai kata sepakat untuk memberi kita peluang memulakan projek ini sepenuhnya kerana mereka mengambil kira konsep kedai yang bakal kita buka di sana kelak. COPERATECH akan melaksanakan konsep kopitiam dengan mengambil franchise BANGI KOPITIAM  dan SATAY SAMURI di lot ini untuk menjadikan tempat ini lebih happening.
4) Oleh itu kami pihak pengurusan COPERATECH memohon jasa baik para sahabat yang bersedia berganding bahu bersama kami untuk sama-sama merealisasikan perlaksanaan projek ini untuk tampil ke hadapan dan menjadi antara penggerak Jawatankuasa Projek R n R ini dengan berhubung terus dengan ALK yang ada . Kami sentiasa membuka pintu perbincangan dengan ahli koperasi yang sanggup bersama-sama memberikan komitmen dan kerjasama serta sokongan tidak berbelah bahagi.
 
5) Kami masih lagi dalam perbincangan untuk menyediakan escalator di tempat ini dan pastinya ramai rakan-rakan kita yang mempunyai pengalaman dalam pembinaan dan pemasangan escalator untuk memudahkan pengguna di sini. Projek penaik taraf tandas awam yang sedia ada di sini juga akan diberikan kepada kita . Jika ada mana-mana sahabat yang bersedia untuk mengambil projek ini, sila maklumkan segera kepada saya untuk maklumat lanjut. Projek pengubahsuaian mengikut konsep yang telah ditetapkan juga akan kita usahakan supaya dibuat oleh ahli kita sendiri......diharap semua sahabat bersedia.
 
6) Esok , 5/05/2011 , saya selaku S/U dan Pengerusi serta beberapa orang ALK lain akan mengadakan satu perjumpaan khas bersama Pengarah SKM Selangor dan Pengarah Bahagian Pinjaman PNB Hotel Bluewave bagi mendapatkan penyelesaian kepada perbincangan kami untuk perlaksanaan awal Projek Franchise yang bakal kami laksanakan nanti.
 
7) Saya bagi pihak pengurusan koperasi dan ALK yang lain ingin menyeru dan mendapatkan kerjasama daripada semua ahli untuk terus memberi sokongan dengan mendaftar sebagai ahli , membayar Fi Masuk dan membayar Yuran Syer kepada kami kerana perlaksanaan projek ini sukar untuk dilakukan tanpa komitmen dan kerjasama ahli semua.
 
8) Mana-mana ahli yang bersedia menyertai Program Soft Loan kami untuk Projek R n R Genting Sempah ini, anda amatlah di alu-alukan untuk menghubungi ALK yang ada kerana pihak PNB dan SKM akan melihat keupayaan kita untuk saling bekerjasama sebelum mereka turun padang membantu kita.
 
9) Untuk makluman SEMUA pihak MTD PRIME hanya bersedia untuk memberikan projek di sepanjang laluan Highway Pantai Timur kepada kumpulan dan bukannya individu . Ini menjadi satu titik tolak yang amat bermakna buat koperasi kita. Saya pasti rakan-rakan sanggup bersama-sama bersedia untuk berganding bahu untuk merealisasikan impian kita bersama. Masih banyak lagi projek lain yang menunggu !!
 
10 ) Jika pihak SKM dan PNB sanggup membuka peluang ini, mengapa kita tidak berusaha menjayakannya......COPERATECH milik kita.....kita yakin BOLEH !!
Wasalam.
 
Terima kasih
 
Saya Yang Menjalankan tugas ,
 
SITI KHADZIMAH SALLIP
S/U KEHORMAT 2010 /2011
 

1 comments:

drake said...

assalam.....cer citer sikit pasal soft loan tu, aku ni tak reti pasal benda2 cam ni.