Sunday 25 November 2012

Kempen Pendaftaran Ahli Koperasi

BY COPERATECH (Reg : B-4-0877) No comments

Kepada sahabat XTIKL di mana-mana jua anda berada,
Pihak Koperasi akan membukakan pendaftaran keahlian kepada ahli baru dan waris ahli seperti isteri/ suami dan anak-anak berumur 18 tahun ke atas sebagai ahli koperasi yang berdaftar . Setiap ahli yang ingin mendaftar perlu membayar Yuran Pendaftaran - RM 100.00 dan Yuran Syer Awal - RM 1200.00 . Pembayaran yang lengkap akan diberikan Sijil Syer dan pembayaran dividen akan mula dikira mulai 31/10/2012 . Keahlian dibuka sehingga mencapai bilangan keanggotaan 100 orang dan akan ditutup, ia hanya akan dibuka semula atas keperluan tertentu dan pertimbangan Ahli Lembaga Koperasi. Sila berhubung terus dengan ALK yang berkenaan atau emel terus kepada  coperatech@gmail.com

Pendapatan koperasi adalah berdasarkan konsep :
1) Hasil Perniagaan dan Projek yang dilaksanakan oleh dua syarikat subsidiari
2) Sumbangan Yuran Syer ahli yang disumbang oleh ahli koperasi yang berdaftar

Semua perjalanan aktiviti Koperasi adalah tertakluk kepada Akta Koperasi 1993 (Akta 502) dan peraturan-peraturannya dan semua keputusan dibuat dalam Mesyuarat Ahli Lembaga Koperasi yang dilantik melalui Mesyuarat Agung Tahunan 
 

0 comments: