Sunday 25 November 2012

Projek Tahun 2013

BY COPERATECH (Reg : B-4-0877) No comments


1) Program Santai Famili – Konvoi Ke Phuket  dicadangkan dibuat pada cuti persekolahan bulan Mac (mulai Khamis : 28, 29 dan 30 Mac 2013) dan kertas kerja akan disediakan oleh Tn Hj Hassan Basri bin Masri.

2)  Mesyuarat Agung Kali Kedua  dijadualkan pada 17/8/2013 dan Jamuan Makan Malam Tahunan yang dirancang akan dibuat di hotel atau resort berdekatan. Sila blok kan tarikh ini kepada ahli berdaftar bagi memastikan kehadiran semasa AGM meriah. 

3) Sumbangan insentif kecemerlangan UPSR – 5 A, PMR- 8A dan SPM – 8-10A  kepada anak ahli yang cemerlang dalam akademik bermula tahun 2013 . Mana-mana ahli yang berdaftar dan mempunyai anak yang memenuhi syarat ini harap dapat maklumkan kepada kami. Sila berhubung dengan Tn Sazali Ismail.

4) Sumbangan khas anak-anak TIKL  sebelum bulan Ramadhan akan dilaksanakan sebagai aktiviti tahunan bersama pihak PIBG SMTKL . Sebarang sumbangan boleh disalurkan melalui koperasi . Sila berhubung dengan Tuan Zulhisham Kamarudin

5) Program Ziarah Sahabat dan perlaksanaan program kebajikan kepada waris terdekat sahabat yang telah meninggal dunia dan ahli diminta mengenalpasti sahabat berkenaan serta memaklumkan kepada ALK yang berkenaan.

0 comments: