Sunday 25 November 2012

Program Pembangunan Insan 2012

BY COPERATECH (Reg : B-4-0877) No comments

Dianjurkan oleh COPERATECH RESOURCES SDN BHD anak syarikat Koperasi Alumni Sekolah Menengah Teknik Kuala Lumpur Selangor Berhad .
Aktiviti Program Pembangunan Insan akan dijadikan satu projek berkala dengan pelbagai pengisian mengikut tema yang dipilih bersama pakar motivasi yang diundang dengan sasaran kepada 

1) Kumpulan Remaja 14 – 22 dengan focus lebih kepada pemantapan jatidiri anak remaja.
2) Kumpulan Kanak-kanak 8 -13 dengan focus kepada kecemerlangan akademik anak-anak di peringkat awal.

Aktiviti 1 : Bengkel Motivasi Remaja : Mencari Cinta Sejati 
Tarikh : 30/12/2012
1) Bekerjasama dengan RKH Motivation and Services dengan pakar motivasi Ustazah Dr Robiah K Hamzah  dengan pengisian berbentuk sesi komunikasi dua hala dan dalam bentuk amali
 a.  Mencari Cinta Sejati
 b. Mempertahankan cinta dengan penyertaan ibubapa yang diharapkan akan  turut serta bagi membantu anak remaja meneruskan kehidupan harian dengan cinta
2) Kumpulan sasaran remaja berumur 14 tahun ke atas
  a. anak-anak XTIKL dan saura terdekat
  b. pelajar sekolah TIKL yang dipilih dan ditaja oleh XTIKL
  c. anak-anak yatim yang dikenalpasti dan ditaja oleh individu XTIKL
3) Dana projek akan diusahakan dengan tajaan dan sumbangan daripada syarikat dan individu yang ingin menjalankan CSR dan bayaran pendaftaran adalah RM 50.00 (harga biasa RM 200.00) untuk setiap anak dan selebihnya adalah subsidi dari koperasi .

Pendaftaran Bengkel berdasarkan "siapa cepat dia dapat" dan keutamaan kepada anak ahli yang berdaftar !


0 comments: